Crunchy Munchy




Taaruf Watak2 Uhibbukum fillah
Thursday, May 1, 2014 | 5:49 PM | 0 comments
Aisha Humaira' bt Abu Bakar
Seorang gadis 20 tahun yang rupawan. Berpurdah untuk menutup pintu fitnah kerana kecantikannya yang dianugerahkan Allah. Berkulit putih kemerah-merahan selari dengan namanya Humaira'. Matanya bundar dan mempunyai alis mata yang lentik. Keningnya tebal terbentuk dengan hidungnya yang agak mancung. Bibirnya nipis merah asli.
Sifatnya. Sentiasa tersenyum manis dan membuat yang lain tersenyum dengan kerenahnya. Hatinya luhur dan bersih. Lidahnya sentiasa bercakap perkara yang baik-baik dan menyenangkan. Seorang yang ceria dan periang serta petah berkata-kata. Suka membantu orang lain. Seorang yang penyayang dan benci akan kekerasan.

Mu'adz Khalid bin Abu Bakar
Seorang pemuda berumur 24 tahun.  Sangat kacak orangnya dan sentiasa digilai wanita. Kulitnya sawo matang yang agak cerah. Tinggi lampai, berketinggian 179cm. Hidungnya mancung mirip ayahnya, Abu Bakar. Alis matanya lentik dan matanya berwarna coklat. Keningnya tebal tersusun. Sempurna rupa parasnya.
Seorang abang kepada Aisha Humaira' dan Aina Insyirah.
Seorang jejaka yang sedang belajar di sebuah Universiti tempatan dalam jurusan Islamic Psychology. Bercita-cita besar untuk memperbetulkan ummah. Berharap benar untuk menghilangkan jahilliah.
Seorang pendakwah rahsia di Blogger.

Aina Insyirah bt Abu Bakar
Seorang gadis 22 tahun yang rupawan. Adik kepada Mu'adz dan kakak kepada Aisha.
Mempunyai keindahan rupa paras yang melampau. Kulitnya putih bersih yang agak kekuningan. Matanya bundar mirip Aisha. Hidungnya mancung mirip bapanya, Abu Bakar. Alis matanya lentik hasil keturunan uminya, Mazni. Berketinggian sederhana.
Merupakan seorang gadis pintar yang telah menamatkan pengajian master ketika berumur 22 tahun. Sentiasa menjaga kehormatan dirinya walau sering digilai lantaran kecantikannya. Seorang yang matang dan sentiasa bercakap apabila perlu sahaja. Kurang rapat dengan abang serta adiknya kerana telah pergi ke London ketika berumur 17 tahun lagi.
Lidahnya sering bercakap hal yang baik-baik. Bibirnya sering menguntum senyum. Membuatkan ramai lelaki yang meminatinya.

Datuk Abu Bakar bin Abdurrahman
Mempunyai jalur keturunan dari timur tengah. Seorang lelaki berumur 50 tahun yang mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan.
Postur badannya tinggi lampai, mempunyai wajah yang tegas namun menenangkan. Kulitnya sawo matang dan berhidung mancung, kerana keturunannya. Matanya coklat. Seorang ahli korporat yang disegani dalam bidang pengurusan hartanah secara Islam. Jutawan Islam yang sentiasa berusaha untuk membangunkan ummah. Hebat dalam mendidik keluarganya dengan nilai Islam, menjadikan mereka hebat dan serba sempurna. Dialah punca anak-anaknya kelihatan begitu sempurna, tidak kira secara batiniah atau lahiriah.
Tidak pernah memilih kasih walaupun Aisha merupakan yang paling rapat dengannya.
Seorang bapa dan suami yang penyayang, tegas namun lembut, dan serba sempurna.

Datin Mazni binti Hamdi
Wanita melayu yang berkulit putih kemerah-merahan. Matanya indah dan beralis lentik. Hidungnya sederhana mancung. Bibirnya nipis merah asli. Berketinggian sederhana.
Seorang wanita yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Lemah-lembut dan penyayang terhadap anak-anaknya. Sentiasa bersabar menghadapi dugaan bersama suami tercinta. Sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anaknya menjadi orang berguna.
Mempunyai sense of humour dan sering membuat yang lain tertawa namun serius apabila perlu.
Sangat menyayangi anak-anaknya.

Syed Khalish Amir bin Syed Abdul Qadir
Seorang pemuda yang berasal dari Arab Saudi namun menetap di Malaysia.
Menyambung pelajaran ke London dan jatuh cinta pandangan pertama pada Aina Insyirah.
Dahulu, dia merupakan seorang lelaki 'playboy' yang suka memikat wanita dengan ketampanannya.
Posturnya tinggi 178 cm, berbadan tegap dan berkulit kuning langsat. Matanya biru dengan keningnya yang lebat. Berwajah maskulin yang menyebabkan wanita tergila-gilakannya.
Mencintai Aina kerana keperibadiannya yang terpelihara di London, di samping rupa parasnya yang sempurna.
Berumur 23 tahun.
Sekarang, dia mula berubah sejak melihat Aina.
Dia bertekad untuk menyunting Aina Insyirah.



Uhibbukum fillah #4
| 6:32 AM | 0 comments
Aisha Humaira' membetulkan letak purdahnya. Bekal makanan untuk abi diambil lalu mula mengatur langkah ke pintu rumah.

"Aisha, jangan lupa kirim salam Assalamualaikum umi dekat abi ya," sapa umi sambil menyalami anaknya. "Ecehh umi, sweet macam madu! InsyaAllah umi, Aisha sampaikan." Aisha pun keluar dari rumah dan memulakan perjalanan menaiki kereta Honda Camry nya.

Perjalanan untuk ke pejabat ayahnya memakan masa selama 20 minit. Sesampainya di pejabat, semua pekerja-pekerja abinya menyapanya. "Assalamualaikum Humaira'." sapa seorang makcik pencuci tandas. Aisha segera meletakkan bekalnya lalu menyalami makcik itu. "Waalaikumussalam, Mak Jah. Lamanya tak nampak Mak Jah. Mak Jah sakit ye?" soalnya lembut. Mak Jah tersenyum senang dengan anak gadis yang berpurdah itu.
Hatinya sentiasa tenang saat melihat wajah itu.

"Bukan Mak Jah yang sakit Humaira.. anak Mak Jah yang bongsu tu yang demam. Biasalah, aktif kat sekolah." "Oh syafakallah ya Mak Jah. Dah sihat anak mak Jah?" mereka berbual untuk beberapa ketika sebelum Aisha meminta izin untuk bertemu dengan abinya.

"Assalamualaikum. Ya Abi.. Ana Aisha Humaira'." Aisha mengetuk pintu bilik abinya. Abi sering berada di pejabat sehingga jarang dapat bersama di rumah.

"Waalaikumussalam. Aisha Humaira', masuk.." jawab Datuk Abu Bakar, mempersilakan anaknya masuk.
Datuk Abu Bakar merupakan seorang jutawan Islam yang menjalankan perkhidmatan pengurusan hartanah. Seorang yang sentiasa berusaha untuk menghidupkan suasana Islam di mana jua.


Uhibbukum fillah #3
Wednesday, April 30, 2014 | 11:50 PM | 0 comments
Usai menunaikan solat Zuhur, Aina Insyirah berehat di dalam biliknya. Lelah di dalam kapal terbang sebentar tadi belum hilang sepenuhnya. Tiba-tiba, dia teringat akan sekeping surat dalam beg tangannya.

Ke hadapan Aina Insyirah bt Abu Bakar. 
Saya, Khalish Amir memohon maaf atas segala salah silap sebelum ini.Kita semua sudah menamatkan pengajian, dan akan kembali ke bumi Malaysia. Saya berharap saudari sanggup untuk memaafkan kesalahan saya yang telah terang-terangan melamar saudari. Mungkin perbuatan itu keterlaluan bagi saudari. Saya minta maaf.Cuma, saya memohon agar saudari membenarkan saya untuk berjumpa ibu dan ayah saudari di Malaysia nanti. Saya benar-benar mengharapkan hubungan yang halal untuk kita berdua.Moga saudari mahu mempertimbangkannya.Sekian, terima kasih.Khalish Amir. 
 Aina memejamkan matanya. Dia benar-benar di dalam dilema. Khalish Amir, pemuda itu memang gila dahulunya. Sejak tahun pertama di London, Khalish Amir sudah mula menunjukkan minat menyukainya. Namun ketika itu lelaki itu seorang yang nakal dan kelihatan seperti seorang 'playboy'. Maka Aina tidak menyukainya.

Mungkin gadis lain akan suka akan watak Khalish Amir yang dulu, yang kacak, bijak, bermulut manis dan kaya. Namun tidak bagi Aina Insyirah. Jika lelaki itu mampu bermulut manis dengannya sebelum berkahwin, ada jaminankah lelaki itu tidak bermulut manis kepada berjuta gadis yang lain?

Aina sering tidak faham tentang jejaka-jejaka yang menyukainya. Dia sedaya upaya menutup auratnya sebaik mungkin. Tudungnya labuh sehingga sering dipandang aneh di London. Kakinya sentiasa berstoking. Lengannya tidak pernah lupa disarung 'handsocks'. Bajunya sentiasa longgar. Benar-benar sudah mengikut syariat.

Namun peminatnya tidak berkurangan.

Dari hujung mata, Aina terlihat kelibat adiknya Aisha Humaira' sedang bergegas keluar. Dia teringat akan pemakaian adiknya. Purdah.

Ya, adiknya Aisha Humaira' berpurdah. Gadis muda itu berpurdah sejak di tingkatan tiga. Sudah 3 tahun adik perempuannya itu berpurdah.

Dia sedia maklum bahawa jika hendak dibandingkan kecantikan antara dia dan Aisha, Aina mempunyai wajah yang lebih cantik. Tetapi, Aisha mempunyai wajah yang lebih ayu dan berseri-seri. Sentiasa tersenyum dan menyenangkan orang lain.

Jika Aisha mampu mengenakan purdah, mengapa dia tidak?
Mungkin itu mampu menutup pintu fitnah.
Mungkin itu mampu mengurangkan bilangan lelaki yang menyukainya.

Aina melepaskan keluhan berat. Untuk berubah seperti Aisha, nampaknya terlampau berat.
Bagaimana Aisha menahan kepanasan?
Bagaimana Aisha mampu menahan cacian dan tohmahan?

Adiknya itu memang sempurna!
Umpama isteri Rasulullah, Aisha Humaira' bt Abu Bakar!
Bermula dengan kecantikan, kesantunan, keperibadian yang menyenangkan, tutur kata yang baik, segalanya sempurna.
Iya, Aina sudah mendapat solusi. Adiknya akan dijadikan role model untuk mengejar cinta-Nya.
Berhenti terleka, Aina. You got to do something!

 
Uhibbukum fillah
| 7:39 PM | 0 comments
Selesai membersihkan diri, Mu'adz menghadap laptopnya. Dia mula membuka blog dakwahnya. Subhanallah, banyak benar komen. "Bismillah. Harap tiada komen negatif tentang dakwah aku."

Mu'adz lebih selesa membuat akaun blog yang anonymous. Segalanya dirahsiakan. Identitinya terselindung disebalik watak Syabab Serban untuk dia terus berdakwah.
 Semua ini berasal dari perbualannya bersama adiknya, Aisha Humaira'.

"Aisha, sini jap." Mu'adz memanggil adiknya Aisha ke biliknya. Aisha tanpa berfikir panjang terus masuk. "Apa, along?" Mu'adz menunjukkan Aisha laptopnya. "Along rasa macam nak berdakwah lah Aisha. Pendapat Aisha?"

"Guna blog ke?"  Mu'adz mengangguk. 
"Wahh! Bagusnya! Aisha sokong niat suci murni clorox along tu," Aisha jelir lidah. Mu'adz mencubit pipi adiknya. "Aduhai, kenapa dalam rumah ni semua suka cubit pipi Aisha!" omel Aisha sendirian. 

"Cepatlah, tolong along."
"Nak tolong apa?"
"Aisha rasa along patut buat akaun pakai nama along ke?"
Aisha terdiam. Kepalanya digaru perlahan.

"Along, Aisha nak along tahu satu. Along ni kacak orangnya." Aisha buat aksi nak muntah. Mu'adz tergelak kuat. "Amboi! Ni berapa nak bayar untuk bodek along ni?"
"Hish, orang seriuslah. Along tu memang handsome pun. Masa kat sekolah dulu time Aisha form 1, kan along form 5. Ramai gila kawan-kawan Aisha suka along. Semua kata along handsome lah, alim lah, macam macam. Ha sekarang pun, kat U along mesti ramai minat along kan?" soal Aisha. Terkembang-kembang hidung Mu'adz dek pujian Aisha yang melambung tinggi.
 Mu'adz terdiam lalu mengangguk. Terlampau ramai mahasiswi yang menaruh hati terhadapnya kerana kekacakannya. Sampai dia sendiri naik rimas.

"Mana Aisha tahu ni?" berkerut dahi Mu'adz. Aisha tahan senyum.
"Emmm.. Se.. sebenarnya kan.."
"Apaaa?"
"Aisha pernah baca satu surat cinta peminat along." jujur Aisha. Mu'adz ketawa.
"Ha, lepas ni Aisha ajelah baca surat cinta along. Banyak sangat,"
Aisha tampar lengan abangnya lembut.
"Hish, bajet hot pulak. Sudah sudahh. Get serious!" 

"Jadi, kalau along letak muka along terpampang dekat dalam blog along tu.. along yakin ke tak ada perempuan yang akan suka along?"
Aisha tidak dapat menafikan kekacakan abangnya itu. Dengan postur badan yang tinggi lampai, dada tegap, hidung mancung serta kulit sawo matang yang agak cerah, siapa tidak suka? Mu'adz benar-benar mengikut wajah ayah mereka, Abu Bakar ketika muda. Boleh dikatakan sempurna rupa parasnya.
Ditambah pula alongnya itu suka memakai kopiah kerana mengikut sunnah.
Lagilah.

"Betullah, Aisha."
"Lama-lama, diorang bukan minat dakwah along. Tapi minat pendakwahnya sebab kacak, handsome, tampan and lain2 yang sama waktu dengannya. Kan payah?"
Mu'adz angguk. 
"Susahnya ada rupa macam ni." keluh Mu'adz. Sebenarnya dia rasa hendak pakai purdah pun ada apabila terlampau ramai akhawat yang suka akannya. Kaum lelaki pula banyak yang dengki dengannya kerana itu.
"Ishhh apa along ni. Allah dah bagi rupa yang sempurna, ramai sangat yang nak muka macam along, bersyukurlah." tegur Aisha dengan senyuman manis.

"Jadi, along kena buat akaun anonymouslah ni, Aisha?" 
"Iya alongku sayang."
"Nama apa?'
"Syabab..."
"Syabab tu pemuda kan?"
"Iya alongku intan payung. Syabab la untuk abangku yang kacak ini."
Mu'adz ketawa.
"Syabab apa dongg? Takkan syabab aje."
"Syabab Songkok nak?"
"Hishhh, apa Aisha ni. Macam pahlawan melayu pulak nama,"

"Arghh, susahnya. Serban je lah. Nak sangat arab kan."
"Syabab Serban? Ewahh." Mu'adz jelir lidah. 
"SS? HAhahahahahha Syok Sendiri!" Aisha ketawa. 

Mu'adz tersenyum. Dia memang sangat sayangkan adiknya Aisha Humaira'. Seorang yang petah berkata-kata. Seorang yang sentiasa menjaga kehormatannya. Bukan dia tidak sayang akan adik pertamanya Aina Umairah. Cuma Aina sudah lama pergi ke London untuk sambung belajar sebaik mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang.


Uhibbukum fillah
| 6:50 PM | 0 comments
"Aisha Humaira'! Turun bawah sekarang!" panggil Puan Mazni. Haih, degil sungguh anaknya yang seorang itu.


"Ya umi. Aisha cominggg!" Aisha berlari dari atas rumah. Puan Mazni sudah tergeleng-geleng. "Cepat, tolong umi kemas rumah hari ini. Kakak kamu Aina nak balik." Puan Mazni mula membersihkan perhiasan-perhiasan di rumah mereka.
Aisha memuncungkan bibirnya.

"Malasnya umi." keluhnya.
"Ish, anak dara mana boleh malas-malas."
"Alah, Aisha penatlah."
"Penat buat apa, Aisha sayang?" Puan Mazni mencubit pipi anak bongsunya itu.
"Aduii sakit umi.. Okay okay Aisha tolong umi." Lekas-lekas Aisha mengemop lantai rumahnya. Sesekali kedengaran gelak ketawa dari kedua-dua beranak itu.

Itulah Aisha, ada sahaja kerenahnya yang mencuit hati ibunya. Puan Mazni sangat sayangkan anak bongsunya yang banyak mulut itu.

Selesai membersihkan rumah, mereka ke dapur untuk menyiapkan hidangan.

"Kenapa umi buat special sangat untuk Kak Aina ni?" soal Aisha sambil mengelap pinggan. Wajahnya yang putih sudah merah kerana penat mengemop tadi.

"Kamu tahu kan kakak kamu tu dah habis study? Rindu jugak umi kat anak umi yang seorang tu."Aisha tersenyum mendengarnya.


"Umi, Aisha dah tahu nak sambung study kat mana." ujar Aisha memecah kesunyian.
"Hmm, lagi seorang anak umi nak tinggal umi. Kat mana?" Puan Mazni pura-pura sedih. Aisha tersentuh mendengar kata-kata uminya, lalu terus memeluk umi.

"Alahh umi jangan sedih. Nanti kan kak Aina nak stay sini terus. Aisha nak study dalam negara je pun. Umi ni." luah Aisha. Puan Mazni tertawa kecil.
"Ya Allah.. Naif betullah anak umi ni. Umi gurau aje. Umi tak kisahlah anak umi nak study kat mana. Yang penting, jihad fi sabilillah. Betul, sayang?" Dua beranak itu tertawa.

"Assalamualaikum." kedengaran dua suara dari luar rumah. "Jap eh umi, tu mesti along dengan kak Aina." Aisha bergegas ke pintu rumah.

"Kak Aina!" Aisha memeluk kakaknya erat. "Aisha! Subhanallah, lama betul tak jumpa Aisha!" Erat pelukan mereka.

Mu'adz tergeleng-geleng melihat dua adik perempuannya itu. Inilah perempuan, sensitif sungguh!

Pelukan mereka dilepaskan. Aisha berkerut melihat abangnya.
"Hish, pakai kopiah selalu senget. Meh sini nak betulkan." Aisha membetulkan kopiah abangnya itu. Tertawa Aina dan Mu'adz dengan gelagat adik mereka.

"Macam-macamlah Aisha ni. Dalam rumah dah pun," Mu'adz mencubit pipi putih adiknya itu.

"Amboi, bising-bising kat depan. Tak ingat pun umi kat dapur ye," usik Puan Mazni lalu mendepangkan tangannya. Aina terus memeluk ibunya.

Mu'adz perlahan-lahan berlari untuk naik ke atas. Aisha yang lebih lincah terus menarik baju abangnya itu.

"Eiii, umi tengok along ni."
Mu'adz sengih nakal. Susah betul ada adik peka ni.
"Apa Aisha ni. Along nak naik atas sebab nak pergi tandaslah." Mu'adz tidak berbohong. Dia betul-betul nak pergi ke tandas. Aisha melepaskan pegangan di baju abangnya dengan muka merah.

"Oh ya ke. Okay sorry along," Aisha tahan senyum. Puan Mazni pula sudah tertawa kecil. Bahagia sungguh dia melihat keakraban anak-anaknya.
Mu'adz tergeleng-geleng lagi.
"Nanti turun makan ye, along." ujar umi.
Episod 1 -Part 1- ~Janji, Kau Kawanku~
Monday, December 5, 2011 | 7:20 PM | 0 comments
Nysa membetulkan tudungnya. Ish, mana Aliya? Lama betul pergi perpustakaan. Sudah 10 minit Nysa menunggu di lorong Shine. Nysa mundar-mandir. Menunggu Aliya memang satu kerja yang menyiksakan. Tak apa sabar Nysa sabar. Setelah beberapa minit berlalu, Nysa sudah tidak senang duduk. Akhirnya dia ingin pergi juga ke perpustakaan. Ketika dia hendak menaiki tangga, seorang pelajar menahannya.

Asyraf: Oiii, nak pergi mana? Perpustakaan? Dah lewat la cik Nysa oii..

Nysa mengerutkan dahi.

Nysa:Haa awak biar betul, Asyraf. Aliya kan kat atas lagi. Awak buat apa kat sini?
Asyraf: Hah? Aliya ada kat atas? Mana ada. Dari tadi takde sorang pun lalu la. Apala awak ni. Ish ish ish. Saya kan berugas hari ni kena jaga tangga. Nasib badan lah. Huh..
Asyraf mengeluh.
Nysa: Tak, dia sendiri cakap tadi dia pergi perpustakaan. Aduh. Apa-apa je lah. Jom ah masuk kelas. Lewat dah ni.
Asyraf mengangguk lalu Nysa dan Asyraf sama-sama berjalan ke kelas mereka yang agak jauh dari tempat mereka berada itu. Ketika mereka berjalan, mereka berjumpa dengan Aliya.

Nysa: Aliya! Aliya! Mana awak pergi? Cakap nak pergi perpustakaan. Tapi takde pun awak. ish buat saya risau je. Huhh..
Nysa mengerut tanda tidak puas hati.
Aliya: Err, ade la tadi. Jom la kita pergi kantin. Diorang semua dah ada dekat kantin dah.
Nysa: Huh? Kenapa ke kantin? Bukan ke sekarang ada kelas?
Aliya: Mana ada. Tak tahu ke yang ada...

Tidak sempat Aliya menjawab, kakinya dipijak oleh Asyraf.
Aliya: Aduh! Ishh..
Asyraf: Shh.. Err tak.. Ada sesuatu dekat kantin. Takde kelas, Miss Lynda tak datang. So jomla. Cepat sikit..
Nysa dan Aliya menurut. Mereka bertiga pun pergi ke kantin.

Sampai di kantin.

Ain: Nysa! Aliya! Sampai pun korang. Letih saya tunggu korang. Maksud saya, kami semua letih tunggu korang.
Raffizal: A'ah betul tuh. Lama dah kitorang tunggu. Kan, Ain?
Ain tersimpul malu. Ah malu malu!

Nysa tergelak. Mereka bertiga pun pergi ke arah meja makan di kantin itu. Masing-masing mengukir senyuman. Amin pula kelihatan tidak berhenti tersenyum memandang Nysa. Ahh Nysa tergelak melihat jejaka tersebut melihatnya begitu. Aduh.. Malunya.

Luqman: Oii Amin.. udah-udah le tu.. Makan-makan.. Haduii..

Kelapan-lapan orang pelajar itu tergelak. Mereka makan sambil bercerita perihal masing-masing.

Hanaa': Korang ni, depan makanan, tak boleh sembang. Makan saja..

Asyraf mengangguk laju. Asyraf: Betul la tuh.

Semua terdiam dan mula menjamah makanan. Tiba-tiba timbul satu persoalan di benak fikiran Nysa.

Nysa: Korang, sebenarnya ada apa kita makan makanan yang tak pernah ada di kantin ni? Sedap-sedap. Kek pun ada. Is there any event today?
Asyraf: Mesti la. Takkan dah lupa kot yang hari ni.....

Asyraf,Luqman, Amin,Raffizal,Ain,Hanaa',Aliya: BIRTHDAY AWAK! Happy Birthday Nysa!

Nysa tercengang. Semuanya tergelak. Nysa terlopong. Senyuman diukir.

Nysa: Ya Allah... Thanks korang..

Jauh dari kantin..

Anis: Korang tengok tu? Ya Allah gediknya mereka. Nysa, Nysa... Jangan harap la nak dapatkan Amin. Aku akan rampas dia!
Farhah: Raffizal ! Oh kenapa awak sukakan Ain? Aku lagi cantik la! Tengok la apa aku nak buat dengan mereka. Tunggu!
Trisya: Korang relax lah. Aku akan tolong korang. Aku ada idea! Mari sini.

...................................................................................................................................................................

Korang! Idea takdelaa.. Ada sesiapa boleh tolong bagi idea untuk Episod 1 -Part 1- ~Janji, Kau Kawanku~

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Janji, Kau Kawanku ~Jom Kenali Watak~
| 3:00 AM | 0 comments
Nysa-Anisah Ramli
Seorang pelajar perempuan yang cantik, petah berbahasa inggeris.Seorang anak Tan Sri. Baik hati, tidak sombong. Mempunyai hati akan Amin. Juga digilai.

Aliya-Are-Liya
Seorang pelajar yang cantik. Anak orang kaya namun anak tunggal. Agak manja kerana terbiasa dengan keluarganya yang menganggapnya anak emas. Pintar Maths. Menaruh hati akan Luqman.

Nur Ain Shahirah-Ain
Ain, seorang anak Datuk-kaya. Sangat mengambil berat terhadap orang lain. Juga pintar Maths seperti Aliya. Rakan paling rapatnya ialah Nysa. Menyukai Faris.

Hanaa'-Hanaa' Daud
Sedikit alim. Sering menasihati rakan-rakannya dalam bab agama. Wajahnya cantik. Baik dalam berbahasa Arab. Menyukai Asyraf.

Amin- Amin Rais
Antara pelajar lelaki yang sangat kacak di sekolah. Pintar dalam semua matapelajaran namun lebih suka berbahasa Inggeris. Anak orang kaya dan merupakan ketua 8 orang sekawan itu. Menyukai Nysa kerana kebaikan hatinya.

Luqman-Luqman Hakim
Luqman seorang pelajar yang juga kacak dan termasuk dalam golongan TOP BOYS. Meminati warna hitam dan juga kuning. Anak orang kaya dan amat mudah didekati kerana keramahannya. Antara pelajar yang digila-gilakan oleh pelajar perempuan. Mempunyai kasih yang lebih pada Aliya. Sering mendapat markah tertinggi dalam Mathematics seperti Aliya.

Faris-Faris Vanilla N Chokolate
Pelajar yang selamba. Tidak suka terlalu serius dan mempunyai ego yang sedikit tinggi-tidak seperti pelajar lelaki lain. Anak seorang usahawan terkenal. Pintar dalam bidang Sains dan Teknologi. Sangat menyukai mereka-reka gajet-gajet baru dan rekacipta. Sukakan Ain.

Asyraf-Abul Asyraf
Seorang yang sedikit 'keras' dan sukakan ROCK. Namun perangainya akan berubah suatu hari nanti kerana dibantu oleh seseorang. Anak tunggal dalam keluarganya yang kaya dan kurang mendapatkan perhatian menyebabkan dirinya menjadi begitu.

The Fabulous Girls
Anis-Beby Domo III
Seorang pelajar yang sedikit emosional. Dia sebenarnya tidak jahat namun dendamnya yang membuatkan dia sedemikian. Sangat membenci Nysa setelah tahu Amin menyukai Nysa. Seorang anak jutawan dan semua keperluannya boleh didapatkan dengan mudah.

Syahirah Aqilah-Aqilah
Rakan paling rapat Anis dan selalu sekepala dengan Anis, Apa sahaja yang ada dalam benak fikiran Anis, pasti dia sudah tahu. Aqilah sering membantu Anis dalam menyelesaikan rencana mereka. Tinggal bersama-sama Anis kerana ibu-bapanya ke Switzerland atas dasar kerja.

Nurul Farhah-Farhah
Seorang pelajar perempuan yang cantik. Namun sayangnya wajah saja cantik namun perangainya sedikit teruk kerana benci dan dendamnya kepada 4 orang pelajar perempuan itu. Sangat angkuh dan sombong dan kadang-kadang berpura-pura menjadi baik di hadapan Faris kerana minatnya terhadap Faris.

Trisya Shada-Trisya
Sangat gemar shopping dan boros. Tidak disenangi oleh ahli kumpulan TFG yang lain namun Trisya lah yang sering memberikan mereka rencana. Seorang gadis yang cantik namun suka berpakaian seksi. Dan pastinya anak orang kaya kerana itu adalah antara syarat kemasukan ke kumpulan TFG. Hanya pengikut kumpulan TFG. Mempunyai minat terhadap Amin walaupun dia sudah mengetahui bahawa Anis menyukai Amin. Menjadi gunting dalam lipatan kumpulan TFG.

Budak Pendiam
Nurul Hasya-Hasya
Seorang pelajar penukaran sekolah. Sangatlah pemalu orangnya. Suka berdiam diri dan selalunya menjadi pelajar yang menarik perhatian yang lain kerana sifat 'aneh'nya itu.
-Tak boleh bagitau lebih2 pasal Hasya sebab nanti terbongkarla kisah.. :)

Tiara Sarah-Sarah (Pelajar Baru)
Pelajar baru SSB.. Akan cuba untuk menjadi perampas persendirian, tidak seperti TFG. Dia lebih suka membuat sebegitu. Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. Senyuman menggoda. Sangat dibenci oleh TFG kerana kecantikannya. Cuma kebencian Anis kepada Sarah kurang sikit sahaja daripada kebenciannya kepada Nysa. Sarah akan menjadi duri dalam daging 8 pelajar itu.

Ok sudah habis.. letih jugak pikir ni semua.. :) Thanks k dan kepada watak2 moga ok k.. :) Sorry kalau tk best..

Older Post