Crunchy Munchy




Uhibbukum fillah
Wednesday, April 30, 2014 | 7:39 PM | 0 comments
Selesai membersihkan diri, Mu'adz menghadap laptopnya. Dia mula membuka blog dakwahnya. Subhanallah, banyak benar komen. "Bismillah. Harap tiada komen negatif tentang dakwah aku."

Mu'adz lebih selesa membuat akaun blog yang anonymous. Segalanya dirahsiakan. Identitinya terselindung disebalik watak Syabab Serban untuk dia terus berdakwah.
 Semua ini berasal dari perbualannya bersama adiknya, Aisha Humaira'.

"Aisha, sini jap." Mu'adz memanggil adiknya Aisha ke biliknya. Aisha tanpa berfikir panjang terus masuk. "Apa, along?" Mu'adz menunjukkan Aisha laptopnya. "Along rasa macam nak berdakwah lah Aisha. Pendapat Aisha?"

"Guna blog ke?"  Mu'adz mengangguk. 
"Wahh! Bagusnya! Aisha sokong niat suci murni clorox along tu," Aisha jelir lidah. Mu'adz mencubit pipi adiknya. "Aduhai, kenapa dalam rumah ni semua suka cubit pipi Aisha!" omel Aisha sendirian. 

"Cepatlah, tolong along."
"Nak tolong apa?"
"Aisha rasa along patut buat akaun pakai nama along ke?"
Aisha terdiam. Kepalanya digaru perlahan.

"Along, Aisha nak along tahu satu. Along ni kacak orangnya." Aisha buat aksi nak muntah. Mu'adz tergelak kuat. "Amboi! Ni berapa nak bayar untuk bodek along ni?"
"Hish, orang seriuslah. Along tu memang handsome pun. Masa kat sekolah dulu time Aisha form 1, kan along form 5. Ramai gila kawan-kawan Aisha suka along. Semua kata along handsome lah, alim lah, macam macam. Ha sekarang pun, kat U along mesti ramai minat along kan?" soal Aisha. Terkembang-kembang hidung Mu'adz dek pujian Aisha yang melambung tinggi.
 Mu'adz terdiam lalu mengangguk. Terlampau ramai mahasiswi yang menaruh hati terhadapnya kerana kekacakannya. Sampai dia sendiri naik rimas.

"Mana Aisha tahu ni?" berkerut dahi Mu'adz. Aisha tahan senyum.
"Emmm.. Se.. sebenarnya kan.."
"Apaaa?"
"Aisha pernah baca satu surat cinta peminat along." jujur Aisha. Mu'adz ketawa.
"Ha, lepas ni Aisha ajelah baca surat cinta along. Banyak sangat,"
Aisha tampar lengan abangnya lembut.
"Hish, bajet hot pulak. Sudah sudahh. Get serious!" 

"Jadi, kalau along letak muka along terpampang dekat dalam blog along tu.. along yakin ke tak ada perempuan yang akan suka along?"
Aisha tidak dapat menafikan kekacakan abangnya itu. Dengan postur badan yang tinggi lampai, dada tegap, hidung mancung serta kulit sawo matang yang agak cerah, siapa tidak suka? Mu'adz benar-benar mengikut wajah ayah mereka, Abu Bakar ketika muda. Boleh dikatakan sempurna rupa parasnya.
Ditambah pula alongnya itu suka memakai kopiah kerana mengikut sunnah.
Lagilah.

"Betullah, Aisha."
"Lama-lama, diorang bukan minat dakwah along. Tapi minat pendakwahnya sebab kacak, handsome, tampan and lain2 yang sama waktu dengannya. Kan payah?"
Mu'adz angguk. 
"Susahnya ada rupa macam ni." keluh Mu'adz. Sebenarnya dia rasa hendak pakai purdah pun ada apabila terlampau ramai akhawat yang suka akannya. Kaum lelaki pula banyak yang dengki dengannya kerana itu.
"Ishhh apa along ni. Allah dah bagi rupa yang sempurna, ramai sangat yang nak muka macam along, bersyukurlah." tegur Aisha dengan senyuman manis.

"Jadi, along kena buat akaun anonymouslah ni, Aisha?" 
"Iya alongku sayang."
"Nama apa?'
"Syabab..."
"Syabab tu pemuda kan?"
"Iya alongku intan payung. Syabab la untuk abangku yang kacak ini."
Mu'adz ketawa.
"Syabab apa dongg? Takkan syabab aje."
"Syabab Songkok nak?"
"Hishhh, apa Aisha ni. Macam pahlawan melayu pulak nama,"

"Arghh, susahnya. Serban je lah. Nak sangat arab kan."
"Syabab Serban? Ewahh." Mu'adz jelir lidah. 
"SS? HAhahahahahha Syok Sendiri!" Aisha ketawa. 

Mu'adz tersenyum. Dia memang sangat sayangkan adiknya Aisha Humaira'. Seorang yang petah berkata-kata. Seorang yang sentiasa menjaga kehormatannya. Bukan dia tidak sayang akan adik pertamanya Aina Umairah. Cuma Aina sudah lama pergi ke London untuk sambung belajar sebaik mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang.



Older Post | Newer Post