Crunchy Munchy




Uhibbukum fillah #4
Thursday, May 1, 2014 | 6:32 AM | 0 comments
Aisha Humaira' membetulkan letak purdahnya. Bekal makanan untuk abi diambil lalu mula mengatur langkah ke pintu rumah.

"Aisha, jangan lupa kirim salam Assalamualaikum umi dekat abi ya," sapa umi sambil menyalami anaknya. "Ecehh umi, sweet macam madu! InsyaAllah umi, Aisha sampaikan." Aisha pun keluar dari rumah dan memulakan perjalanan menaiki kereta Honda Camry nya.

Perjalanan untuk ke pejabat ayahnya memakan masa selama 20 minit. Sesampainya di pejabat, semua pekerja-pekerja abinya menyapanya. "Assalamualaikum Humaira'." sapa seorang makcik pencuci tandas. Aisha segera meletakkan bekalnya lalu menyalami makcik itu. "Waalaikumussalam, Mak Jah. Lamanya tak nampak Mak Jah. Mak Jah sakit ye?" soalnya lembut. Mak Jah tersenyum senang dengan anak gadis yang berpurdah itu.
Hatinya sentiasa tenang saat melihat wajah itu.

"Bukan Mak Jah yang sakit Humaira.. anak Mak Jah yang bongsu tu yang demam. Biasalah, aktif kat sekolah." "Oh syafakallah ya Mak Jah. Dah sihat anak mak Jah?" mereka berbual untuk beberapa ketika sebelum Aisha meminta izin untuk bertemu dengan abinya.

"Assalamualaikum. Ya Abi.. Ana Aisha Humaira'." Aisha mengetuk pintu bilik abinya. Abi sering berada di pejabat sehingga jarang dapat bersama di rumah.

"Waalaikumussalam. Aisha Humaira', masuk.." jawab Datuk Abu Bakar, mempersilakan anaknya masuk.
Datuk Abu Bakar merupakan seorang jutawan Islam yang menjalankan perkhidmatan pengurusan hartanah. Seorang yang sentiasa berusaha untuk menghidupkan suasana Islam di mana jua.



Older Post | Newer Post