Crunchy Munchy




Taaruf Watak2 Uhibbukum fillah
Thursday, May 1, 2014 | 5:49 PM | 0 comments
Aisha Humaira' bt Abu Bakar
Seorang gadis 20 tahun yang rupawan. Berpurdah untuk menutup pintu fitnah kerana kecantikannya yang dianugerahkan Allah. Berkulit putih kemerah-merahan selari dengan namanya Humaira'. Matanya bundar dan mempunyai alis mata yang lentik. Keningnya tebal terbentuk dengan hidungnya yang agak mancung. Bibirnya nipis merah asli.
Sifatnya. Sentiasa tersenyum manis dan membuat yang lain tersenyum dengan kerenahnya. Hatinya luhur dan bersih. Lidahnya sentiasa bercakap perkara yang baik-baik dan menyenangkan. Seorang yang ceria dan periang serta petah berkata-kata. Suka membantu orang lain. Seorang yang penyayang dan benci akan kekerasan.

Mu'adz Khalid bin Abu Bakar
Seorang pemuda berumur 24 tahun.  Sangat kacak orangnya dan sentiasa digilai wanita. Kulitnya sawo matang yang agak cerah. Tinggi lampai, berketinggian 179cm. Hidungnya mancung mirip ayahnya, Abu Bakar. Alis matanya lentik dan matanya berwarna coklat. Keningnya tebal tersusun. Sempurna rupa parasnya.
Seorang abang kepada Aisha Humaira' dan Aina Insyirah.
Seorang jejaka yang sedang belajar di sebuah Universiti tempatan dalam jurusan Islamic Psychology. Bercita-cita besar untuk memperbetulkan ummah. Berharap benar untuk menghilangkan jahilliah.
Seorang pendakwah rahsia di Blogger.

Aina Insyirah bt Abu Bakar
Seorang gadis 22 tahun yang rupawan. Adik kepada Mu'adz dan kakak kepada Aisha.
Mempunyai keindahan rupa paras yang melampau. Kulitnya putih bersih yang agak kekuningan. Matanya bundar mirip Aisha. Hidungnya mancung mirip bapanya, Abu Bakar. Alis matanya lentik hasil keturunan uminya, Mazni. Berketinggian sederhana.
Merupakan seorang gadis pintar yang telah menamatkan pengajian master ketika berumur 22 tahun. Sentiasa menjaga kehormatan dirinya walau sering digilai lantaran kecantikannya. Seorang yang matang dan sentiasa bercakap apabila perlu sahaja. Kurang rapat dengan abang serta adiknya kerana telah pergi ke London ketika berumur 17 tahun lagi.
Lidahnya sering bercakap hal yang baik-baik. Bibirnya sering menguntum senyum. Membuatkan ramai lelaki yang meminatinya.

Datuk Abu Bakar bin Abdurrahman
Mempunyai jalur keturunan dari timur tengah. Seorang lelaki berumur 50 tahun yang mempunyai pemikiran yang jauh ke hadapan.
Postur badannya tinggi lampai, mempunyai wajah yang tegas namun menenangkan. Kulitnya sawo matang dan berhidung mancung, kerana keturunannya. Matanya coklat. Seorang ahli korporat yang disegani dalam bidang pengurusan hartanah secara Islam. Jutawan Islam yang sentiasa berusaha untuk membangunkan ummah. Hebat dalam mendidik keluarganya dengan nilai Islam, menjadikan mereka hebat dan serba sempurna. Dialah punca anak-anaknya kelihatan begitu sempurna, tidak kira secara batiniah atau lahiriah.
Tidak pernah memilih kasih walaupun Aisha merupakan yang paling rapat dengannya.
Seorang bapa dan suami yang penyayang, tegas namun lembut, dan serba sempurna.

Datin Mazni binti Hamdi
Wanita melayu yang berkulit putih kemerah-merahan. Matanya indah dan beralis lentik. Hidungnya sederhana mancung. Bibirnya nipis merah asli. Berketinggian sederhana.
Seorang wanita yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Lemah-lembut dan penyayang terhadap anak-anaknya. Sentiasa bersabar menghadapi dugaan bersama suami tercinta. Sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anaknya menjadi orang berguna.
Mempunyai sense of humour dan sering membuat yang lain tertawa namun serius apabila perlu.
Sangat menyayangi anak-anaknya.

Syed Khalish Amir bin Syed Abdul Qadir
Seorang pemuda yang berasal dari Arab Saudi namun menetap di Malaysia.
Menyambung pelajaran ke London dan jatuh cinta pandangan pertama pada Aina Insyirah.
Dahulu, dia merupakan seorang lelaki 'playboy' yang suka memikat wanita dengan ketampanannya.
Posturnya tinggi 178 cm, berbadan tegap dan berkulit kuning langsat. Matanya biru dengan keningnya yang lebat. Berwajah maskulin yang menyebabkan wanita tergila-gilakannya.
Mencintai Aina kerana keperibadiannya yang terpelihara di London, di samping rupa parasnya yang sempurna.
Berumur 23 tahun.
Sekarang, dia mula berubah sejak melihat Aina.
Dia bertekad untuk menyunting Aina Insyirah.




Older Post