Crunchy Munchy




Uhibbukum fillah #3
Wednesday, April 30, 2014 | 11:50 PM | 0 comments
Usai menunaikan solat Zuhur, Aina Insyirah berehat di dalam biliknya. Lelah di dalam kapal terbang sebentar tadi belum hilang sepenuhnya. Tiba-tiba, dia teringat akan sekeping surat dalam beg tangannya.

Ke hadapan Aina Insyirah bt Abu Bakar. 
Saya, Khalish Amir memohon maaf atas segala salah silap sebelum ini.Kita semua sudah menamatkan pengajian, dan akan kembali ke bumi Malaysia. Saya berharap saudari sanggup untuk memaafkan kesalahan saya yang telah terang-terangan melamar saudari. Mungkin perbuatan itu keterlaluan bagi saudari. Saya minta maaf.Cuma, saya memohon agar saudari membenarkan saya untuk berjumpa ibu dan ayah saudari di Malaysia nanti. Saya benar-benar mengharapkan hubungan yang halal untuk kita berdua.Moga saudari mahu mempertimbangkannya.Sekian, terima kasih.Khalish Amir. 
 Aina memejamkan matanya. Dia benar-benar di dalam dilema. Khalish Amir, pemuda itu memang gila dahulunya. Sejak tahun pertama di London, Khalish Amir sudah mula menunjukkan minat menyukainya. Namun ketika itu lelaki itu seorang yang nakal dan kelihatan seperti seorang 'playboy'. Maka Aina tidak menyukainya.

Mungkin gadis lain akan suka akan watak Khalish Amir yang dulu, yang kacak, bijak, bermulut manis dan kaya. Namun tidak bagi Aina Insyirah. Jika lelaki itu mampu bermulut manis dengannya sebelum berkahwin, ada jaminankah lelaki itu tidak bermulut manis kepada berjuta gadis yang lain?

Aina sering tidak faham tentang jejaka-jejaka yang menyukainya. Dia sedaya upaya menutup auratnya sebaik mungkin. Tudungnya labuh sehingga sering dipandang aneh di London. Kakinya sentiasa berstoking. Lengannya tidak pernah lupa disarung 'handsocks'. Bajunya sentiasa longgar. Benar-benar sudah mengikut syariat.

Namun peminatnya tidak berkurangan.

Dari hujung mata, Aina terlihat kelibat adiknya Aisha Humaira' sedang bergegas keluar. Dia teringat akan pemakaian adiknya. Purdah.

Ya, adiknya Aisha Humaira' berpurdah. Gadis muda itu berpurdah sejak di tingkatan tiga. Sudah 3 tahun adik perempuannya itu berpurdah.

Dia sedia maklum bahawa jika hendak dibandingkan kecantikan antara dia dan Aisha, Aina mempunyai wajah yang lebih cantik. Tetapi, Aisha mempunyai wajah yang lebih ayu dan berseri-seri. Sentiasa tersenyum dan menyenangkan orang lain.

Jika Aisha mampu mengenakan purdah, mengapa dia tidak?
Mungkin itu mampu menutup pintu fitnah.
Mungkin itu mampu mengurangkan bilangan lelaki yang menyukainya.

Aina melepaskan keluhan berat. Untuk berubah seperti Aisha, nampaknya terlampau berat.
Bagaimana Aisha menahan kepanasan?
Bagaimana Aisha mampu menahan cacian dan tohmahan?

Adiknya itu memang sempurna!
Umpama isteri Rasulullah, Aisha Humaira' bt Abu Bakar!
Bermula dengan kecantikan, kesantunan, keperibadian yang menyenangkan, tutur kata yang baik, segalanya sempurna.
Iya, Aina sudah mendapat solusi. Adiknya akan dijadikan role model untuk mengejar cinta-Nya.
Berhenti terleka, Aina. You got to do something!

 

Older Post | Newer Post