Crunchy Munchy




Janji, Kau Kawanku ~Jom Kenali Watak~
Monday, December 5, 2011 | 3:00 AM | 0 comments
Nysa-Anisah Ramli
Seorang pelajar perempuan yang cantik, petah berbahasa inggeris.Seorang anak Tan Sri. Baik hati, tidak sombong. Mempunyai hati akan Amin. Juga digilai.

Aliya-Are-Liya
Seorang pelajar yang cantik. Anak orang kaya namun anak tunggal. Agak manja kerana terbiasa dengan keluarganya yang menganggapnya anak emas. Pintar Maths. Menaruh hati akan Luqman.

Nur Ain Shahirah-Ain
Ain, seorang anak Datuk-kaya. Sangat mengambil berat terhadap orang lain. Juga pintar Maths seperti Aliya. Rakan paling rapatnya ialah Nysa. Menyukai Faris.

Hanaa'-Hanaa' Daud
Sedikit alim. Sering menasihati rakan-rakannya dalam bab agama. Wajahnya cantik. Baik dalam berbahasa Arab. Menyukai Asyraf.

Amin- Amin Rais
Antara pelajar lelaki yang sangat kacak di sekolah. Pintar dalam semua matapelajaran namun lebih suka berbahasa Inggeris. Anak orang kaya dan merupakan ketua 8 orang sekawan itu. Menyukai Nysa kerana kebaikan hatinya.

Luqman-Luqman Hakim
Luqman seorang pelajar yang juga kacak dan termasuk dalam golongan TOP BOYS. Meminati warna hitam dan juga kuning. Anak orang kaya dan amat mudah didekati kerana keramahannya. Antara pelajar yang digila-gilakan oleh pelajar perempuan. Mempunyai kasih yang lebih pada Aliya. Sering mendapat markah tertinggi dalam Mathematics seperti Aliya.

Faris-Faris Vanilla N Chokolate
Pelajar yang selamba. Tidak suka terlalu serius dan mempunyai ego yang sedikit tinggi-tidak seperti pelajar lelaki lain. Anak seorang usahawan terkenal. Pintar dalam bidang Sains dan Teknologi. Sangat menyukai mereka-reka gajet-gajet baru dan rekacipta. Sukakan Ain.

Asyraf-Abul Asyraf
Seorang yang sedikit 'keras' dan sukakan ROCK. Namun perangainya akan berubah suatu hari nanti kerana dibantu oleh seseorang. Anak tunggal dalam keluarganya yang kaya dan kurang mendapatkan perhatian menyebabkan dirinya menjadi begitu.

The Fabulous Girls
Anis-Beby Domo III
Seorang pelajar yang sedikit emosional. Dia sebenarnya tidak jahat namun dendamnya yang membuatkan dia sedemikian. Sangat membenci Nysa setelah tahu Amin menyukai Nysa. Seorang anak jutawan dan semua keperluannya boleh didapatkan dengan mudah.

Syahirah Aqilah-Aqilah
Rakan paling rapat Anis dan selalu sekepala dengan Anis, Apa sahaja yang ada dalam benak fikiran Anis, pasti dia sudah tahu. Aqilah sering membantu Anis dalam menyelesaikan rencana mereka. Tinggal bersama-sama Anis kerana ibu-bapanya ke Switzerland atas dasar kerja.

Nurul Farhah-Farhah
Seorang pelajar perempuan yang cantik. Namun sayangnya wajah saja cantik namun perangainya sedikit teruk kerana benci dan dendamnya kepada 4 orang pelajar perempuan itu. Sangat angkuh dan sombong dan kadang-kadang berpura-pura menjadi baik di hadapan Faris kerana minatnya terhadap Faris.

Trisya Shada-Trisya
Sangat gemar shopping dan boros. Tidak disenangi oleh ahli kumpulan TFG yang lain namun Trisya lah yang sering memberikan mereka rencana. Seorang gadis yang cantik namun suka berpakaian seksi. Dan pastinya anak orang kaya kerana itu adalah antara syarat kemasukan ke kumpulan TFG. Hanya pengikut kumpulan TFG. Mempunyai minat terhadap Amin walaupun dia sudah mengetahui bahawa Anis menyukai Amin. Menjadi gunting dalam lipatan kumpulan TFG.

Budak Pendiam
Nurul Hasya-Hasya
Seorang pelajar penukaran sekolah. Sangatlah pemalu orangnya. Suka berdiam diri dan selalunya menjadi pelajar yang menarik perhatian yang lain kerana sifat 'aneh'nya itu.
-Tak boleh bagitau lebih2 pasal Hasya sebab nanti terbongkarla kisah.. :)

Tiara Sarah-Sarah (Pelajar Baru)
Pelajar baru SSB.. Akan cuba untuk menjadi perampas persendirian, tidak seperti TFG. Dia lebih suka membuat sebegitu. Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. Senyuman menggoda. Sangat dibenci oleh TFG kerana kecantikannya. Cuma kebencian Anis kepada Sarah kurang sikit sahaja daripada kebenciannya kepada Nysa. Sarah akan menjadi duri dalam daging 8 pelajar itu.

Ok sudah habis.. letih jugak pikir ni semua.. :) Thanks k dan kepada watak2 moga ok k.. :) Sorry kalau tk best..

Older Post | Newer Post