Crunchy Munchy




Uhibbukum fillah
Wednesday, April 30, 2014 | 6:50 PM | 0 comments
"Aisha Humaira'! Turun bawah sekarang!" panggil Puan Mazni. Haih, degil sungguh anaknya yang seorang itu.


"Ya umi. Aisha cominggg!" Aisha berlari dari atas rumah. Puan Mazni sudah tergeleng-geleng. "Cepat, tolong umi kemas rumah hari ini. Kakak kamu Aina nak balik." Puan Mazni mula membersihkan perhiasan-perhiasan di rumah mereka.
Aisha memuncungkan bibirnya.

"Malasnya umi." keluhnya.
"Ish, anak dara mana boleh malas-malas."
"Alah, Aisha penatlah."
"Penat buat apa, Aisha sayang?" Puan Mazni mencubit pipi anak bongsunya itu.
"Aduii sakit umi.. Okay okay Aisha tolong umi." Lekas-lekas Aisha mengemop lantai rumahnya. Sesekali kedengaran gelak ketawa dari kedua-dua beranak itu.

Itulah Aisha, ada sahaja kerenahnya yang mencuit hati ibunya. Puan Mazni sangat sayangkan anak bongsunya yang banyak mulut itu.

Selesai membersihkan rumah, mereka ke dapur untuk menyiapkan hidangan.

"Kenapa umi buat special sangat untuk Kak Aina ni?" soal Aisha sambil mengelap pinggan. Wajahnya yang putih sudah merah kerana penat mengemop tadi.

"Kamu tahu kan kakak kamu tu dah habis study? Rindu jugak umi kat anak umi yang seorang tu."Aisha tersenyum mendengarnya.


"Umi, Aisha dah tahu nak sambung study kat mana." ujar Aisha memecah kesunyian.
"Hmm, lagi seorang anak umi nak tinggal umi. Kat mana?" Puan Mazni pura-pura sedih. Aisha tersentuh mendengar kata-kata uminya, lalu terus memeluk umi.

"Alahh umi jangan sedih. Nanti kan kak Aina nak stay sini terus. Aisha nak study dalam negara je pun. Umi ni." luah Aisha. Puan Mazni tertawa kecil.
"Ya Allah.. Naif betullah anak umi ni. Umi gurau aje. Umi tak kisahlah anak umi nak study kat mana. Yang penting, jihad fi sabilillah. Betul, sayang?" Dua beranak itu tertawa.

"Assalamualaikum." kedengaran dua suara dari luar rumah. "Jap eh umi, tu mesti along dengan kak Aina." Aisha bergegas ke pintu rumah.

"Kak Aina!" Aisha memeluk kakaknya erat. "Aisha! Subhanallah, lama betul tak jumpa Aisha!" Erat pelukan mereka.

Mu'adz tergeleng-geleng melihat dua adik perempuannya itu. Inilah perempuan, sensitif sungguh!

Pelukan mereka dilepaskan. Aisha berkerut melihat abangnya.
"Hish, pakai kopiah selalu senget. Meh sini nak betulkan." Aisha membetulkan kopiah abangnya itu. Tertawa Aina dan Mu'adz dengan gelagat adik mereka.

"Macam-macamlah Aisha ni. Dalam rumah dah pun," Mu'adz mencubit pipi putih adiknya itu.

"Amboi, bising-bising kat depan. Tak ingat pun umi kat dapur ye," usik Puan Mazni lalu mendepangkan tangannya. Aina terus memeluk ibunya.

Mu'adz perlahan-lahan berlari untuk naik ke atas. Aisha yang lebih lincah terus menarik baju abangnya itu.

"Eiii, umi tengok along ni."
Mu'adz sengih nakal. Susah betul ada adik peka ni.
"Apa Aisha ni. Along nak naik atas sebab nak pergi tandaslah." Mu'adz tidak berbohong. Dia betul-betul nak pergi ke tandas. Aisha melepaskan pegangan di baju abangnya dengan muka merah.

"Oh ya ke. Okay sorry along," Aisha tahan senyum. Puan Mazni pula sudah tertawa kecil. Bahagia sungguh dia melihat keakraban anak-anaknya.
Mu'adz tergeleng-geleng lagi.
"Nanti turun makan ye, along." ujar umi.

Older Post | Newer Post