Crunchy Munchy




Eps 2
Thursday, August 18, 2011 | 4:02 PM | 0 comments

Episode 2
Qysara dan Dina akhirnya tiba di butik yang Farid beritahu tadi. Dinda’s Designs. Hmm, betullah. Bagus pula lelaki ini, tak kelentong aku. Hihi..
Dina sedikit terlopong. Besar juga butik itu. Mereka berdua segera memasuki butik yang merupakan sebuah kedai tiga tingkat. Dari luar, pakaian-pakaian yang cantik kelihatan indah dipakai oleh patung-patung yang cantik. Tingkap yang jernih membolehkan pelanggan-pelanggan melihat busana-busana di butik tersebut dari luar.
Sudah masuk ke dalam, semakin besarlah lopongan mulut seorang Aidina. Memang dia seorang anak Tengku, tapi, ini kali pertama dia melihat sebuah butik sebesar ini. Selalunya dua tingkat sahaja,. Itu pun tingkat kedua hanyalah ada beberapa baju yang sudah lama. Tapi di tingkat bawah memang bagus.
Seorang promoter datang menghampiri mereka berdua. “Selamat Datang ke Dinda’ Designs. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Gadis Cina yang fasih berbicara dalam Bahasa Melayu itu bertutur. Qysara tersenyum manis. “Oh, ya. Saya datang ke sini kerana diamanahkan oleh Encik Farid. DIa suruh saya ambil sesuatu di sini. Tapi, saya sendiri tidak pasti apakah benda tersebut kerana tiada maklumat darinya,” lancar sahaja Qysara berkata-kata. Dina hanya sekadar mengangguk-angguk tanda menyetujui jawapan Qysara. Rupa gadis Cina tadi terus berubah menjadi ceria dan riang. “Oh Encik Farid! Ya, ya. Dia ada telefon tadi. Dia kata akan ada dua orang perempuan datang untuk mengambil sehelai baju., Sebentar ya, cik. Saya ambilkan,” katanya. Qysara terasa hendak ketawa apabila mendengar perkataan ‘cik’ dari mulut gadis Cina itu. Teringat perbualannya bersama Dina kelmarin dalam telefon.
Setelah beberapa ketika, gadis Cina tadi kembali bersama sehelai gaun yang cantik berwarna pink black. Bulat mata Qysara. Gaun? Aku ingatkan kot dan baju kemeja. Untuk siapa pula ni? Haish lelaki ini.
“Ini dia, cik! Pembayaran sudah dilakukan oleh Encik Farid. Jadi, ini cik boleh bawa baliklah.” Gadis tersebut tersenyum lebar. Qysara tersenyum manis begitu juga Dina. Mereka segera keluar dari butik tersebut lalu mula masuk ke kereta.
Dalam perjalanan pulang…
“Ish, Dina. Awak agak-agak la, kan. Baju siapalah ye gaun ni? Erm, have any ideas?” soal Qysara. Dina tersenyum kecil. Kecil tapi bermakna. Ada suatu makna dalam senyuman itu. “Erm, no?” kata Dina. Qysara mengangkat kening kanannya. Dia memutuskan untuk menelefon Farid sambil memandu kereta. “Hello?” “Erm, yes?” suatu suara garau membalas. “What I’m gonna do with this gown,. And, whose gown is this?” Farid di rumahnya tersenyum mesra kea rah Afiq yang berada di birai katilnya. “Kau bawa balikla,” balasnya. Qysara brek mengejut. “Hoi! Apa ni main brek-brek mengejut?!” Dina marah. Qysara membuat muka kea rah Dina. “Qysara? Are you okay?” soal Farid. “Hmm, ya, ya. I’m okay. Wait, how come I need to take it home? Whose gown is this, HUH?” emosi Qysara sedikit terganggu. “Kau la!”
Qysara ingin berkata lagi. Tapi, talian sudah dimatikan oleh si jejaka. Haish, untuk aku?
“Kau la!” “Kau la!” “Kau la!”
Perkataan itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Qysara. Dina akan tidur di rumah Qysara malam itu. Dia akan membantu Qysara untuk make-up. Kerana dia tahu, Qysara sangat-sangat tak suka make-up. Lagipun, dia dah cantik.
Dina berpusing-pusing di hadapan cermin panjang di bilik Qysara sambil memegang gaun Qysara. “Eh, bestnya kau Qys. Dapat gaun free. Dari lelaki pulak tu. Kau memang beruntung, Qys !” Dina memuji. “Haih, ye lah tu. Pelik je bunyinya.” Kata Qysara. Dina tersenyum nakal. Tersenyum bermakna. Sah, minah ni sudah lupa. Pada tepat jam 7 malam, mereka berdua mula bersiap-siap.

Qysara dan Dina dijemput oleh Farid malam itu untuk ke Majlis Hari Lahir Farid. Dina duduk di belakang manakala Qysara duduk di sebelah pemandu iaitu Farid. Dina masih lagi mengekalkan senyuman bermaknanya itu. Nafasnya ditarik beberapa kali.
Akhirnya, tiga rakan itu tiba di rumah agam milik Farid. Farid tidak tinggal bersama ibubapanya kerana mereka berdua sibuk di London. Jadi, seratus peratus rumah itu adalah hak milik Farid.
Qysara terasa gemuruh pula apabila melihat orang ramai di situ. Farid masih lagi tersenyum melihat Qysara yang begitu cantik mengenakan gaun itu. Qysara akui, dialah yang paling menyerlah malam itu. Tiba-tiba… Semuanya gelap. Argh!
Qysara terkejut. Matanya ditutup. Ramai orang menyanyikan sebuah lagu untuknya. Qysara cuba mendengar dengan teliti. “Happy Birthday to you. Happy Birthday to you. Happy Birthday to Qysara, Happy Birthday to you!” mata Qysara dibuka kembali. Semua orang bertepuk untuknya. Qysara teruja. Rupa-rupanya, majlis ini bukan untuk Farid, tetapi untuk dirinya. Haish, penyayang betul jejaka ini. Farid memberikan sebuah kotak yang dibalut kemas berserta riben. Qysara tersenyum gembira.

To Be Continued..


Older Post | Newer Post