Crunchy Munchy




Eps 1
Thursday, August 18, 2011 | 3:51 PM | 0 comments

Qysara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sesekali pipinya ditampar-tampar kerana tidak berjaya memahami soalan yang sedang dibacanya. "Aduh, apa maksud soalan ni? Apalah blur sangat otak aku hari ni. Haish," Qysara mengeluh kecil. Dia hanya berjaya membuat sepuluh soalan daripada 20 soalan yang ada. Padahal, sudah 45 minit punggungnya dikebaskan dengan duduk di kerusi belajarnya itu.

Qysara memicit-micit kepalanya. Aduh, kalau tak siap ni, habislah esok..,... fikirnya sendirian. Air milo yang masih panas di dalam mug di sebelahnya diteguk perlahan. Fuh, hilanglah sedikit dahaga. Qysara menghentak-hentakkan pensilnya pada meja. Eee, otak. Fikir..fikir..

Baru sahaja Qysara mendapat jawapan untuk soalan ke-sebelas, telefon bimbit comelnya terlolong-lolong minta diangkat. Terkejut Qysara. Dia melihat skrin pada telefon bimbitnya itu. Dina rupanya.

"Hello?" sahut suatu suara di sebelah sana. Halus sahaja.

"Ye? Ada yang boleh saya bantu?" gurau Qysara sambil menahan ketawa. Akhirnya orang di sebelah sana sudah pecah gelaknya. Orang di sini pula, takkan hendak berdiam? Gelak jugalah. HAHAHAHA..

"Ish sudahlah buat lawaknya. Buruk benor dengarnya," kata Dina. Qysara tersenyum. "Ye, baiklah cik puan. Ada hal apa cik puan menelefon petang-petang buta begini?" Qysara sekali lagi bergurau. "Oh, cik puan ingin bertanya. Apakah jawapan bagi soalan 11 ya cik?" "Saya baru hendak jawab tadi, cik puan. Tapi sejak telefon saya ini terlolong-lolong dengan lagu tidak merdunya itu, saya terus lupa apa jawapannya," kata Qysara lagi sambil tersenyum sendirian. "Haih, Qys.. Qys.. Letih saya dengan kamu ni. Kalau tak dapat bantu, sudahlah. Maaf kalau saya ada kacau kamu," kata Dina. Qysara tersenyum lagi. "Eh tidaklah cik puan. Marilah kita berborak sampai pagi," "Hah sudah! Sudah! Assalamualaikum," Qysara ketawa besar mendengar jawapan Dina. Senak perutnya  "Waalaikumussalam!"

Notakaki:Nama Qysara..
Kalau namanya Qysara bunyinya Qaisara. Kalau namanya Qys.. bunyinya Qis.. Hee, minta maaf..
Qysara kembali memegang pensilnya. Oh, lupa sudah jawapan tadi. Ish cik puan ni. Mengganggu sajalah!
Qysara mula mengingati kembali apa solusi yang dia dapat tadi. Qysara,.. Qysara,.. Ingat! Ingat ! Qysara menyergah ingatannya untuk kembali. Itu baru terkejut dengar bunyi telefon, sudah lupa solusi soalan Kimia. Kalau gempa bumi pula, bagaimana? Boleh jadi habis ingatan hilang begitu saja. Masya-Allah, minta dijauhkan.

TOING! Mentol fikiran bernyala. Dia sudah ingat !

___________________________________________________________________________________

"Assalamualaikum, Prof." ucap Dina dan Qysara sama-sama ketika mereka lalu melepasi Prof. Azwa, guru Kimia mereka. Mujurlah sudah siap kerja rumah, fuh.. Tidaklah kena membuat aksi memalukan ketika kelas Kimia tadi.. Qysara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dina menepis bahu Qysara perlahan. Qysara memandang Dina lalu membuat isyarat mata 'What?'. Dina mula   membuat isyarat mata 'Itu.. itu' sambil memuncungkan mulutnya. Qysara memandang ke depan. Oh, Farid rupanya. Kenapalah Dina ni tak habis-habis takut dengan Farid dan kembarnya itu? Qysara menggeleng perlahan.

"Hai, girls," ujar Afiq kepada dua gadis tersebut. "Tiada salam ke?" Qysara bersuara. Dina membuat isyarat mata 'Ish!' pada Qysara.Qysara hanya menjulingkan matanya ke atas. Afiq berpura-pura menepuk dahi. "Oh, lupalah. Assalamualaikum," ucap Afiq.Dina menjawabnya kuat manakala Qysara hanya miming sahaja. Dia tersenyum jengkel kepada Afiq. Huh,lebih baik mengadap muka Farid dari si Afiq ni.Ooopss..

Farid hanya diam. Terpaku seketika dia melihat wajah manis lagi cantik Qysara. Afiq melambai-lambaikan tangannya tepat-tepat di mata Farid. Farid tersedar. "Eh, apa tujuan kita datang ke sini, ye, Fiq?" soal Farid. Farid,Farid. Itulah, mengelamun sampai lupa tujuan. Bahaya tu.

"Ish kau ni. Kan kita nak ajak diorang berdua ni datang ke majlis kau," Afiq berbisik. "Oh ya. Saya nak ajak kamu berdua datang ke Birthday Party saya. Sudi-sudilah ye. Oh ya, temanya pink black, ya!" ujar Farid lalu tersenyum nakal. Berkerut dahi Qysara mendengar warna itu. Pink black? Birthday Party lelaki ini pink black? Urgh. Tiada warna lain, ke?

"Pink black? Did I'd mistaken or what?" Qysara masih lagi belum percaya. Pink black merupakan warna kegemarannya. Tak tahu pula yang ada lelaki yang suka warna pink black. Aneh.. aneh.."Well, yeah. Just come, okay ! Oh yeah, go to Dinda's Designs and just tell the cashier that Farid asked you to go," arah Farid panjang lebar kepada Qysara. Sekali lagi dahi Qysara berkerut. Apa ni? WTF?

Qysara tersenyum. Kerana dia mendapat akal."Huh? Okay then. I'll go. But, please pass me the address by message okay. Have my number, sweetheart?" kata Qysara lalu lekas-lekas menarik tangan Dina lalu beredar ke kelas. Dina terkejut lagi tersentak. Farid dan Afiq sama-sama terlopong mendengar perkataan akhir Qysara. Sweetheart?

Farid dan Afiq sama-sama berpusing. Memandang Qysara dan Dina yang sudah mula berjalan ke kelas. Farid berlari-lari laju lalu memotong mereka berdua. Dia meluaskan depanya lalu menyuruh mereka berhenti. "Woooww.. Wooww.. Stop.. What do you mean by 'Sweetheart' ?" soalnya. Qysara ketawa besar. "Hah! You are such an ancient! It's just an insinuation, okay!" ringkas sahaja jawapan Qysara dituruti deraian ketawanya yang jelas sekali dipalsukan. Dia membuat muka geram lalu terus masuk ke dalam kelas. Farid mencebikkan mulutnya. Haih, baru saja nak jadi lelaki penyayang tadi. Nampaknya, melepaslah..
Tak apa Farid, malam ini kan ada. Farid memandang Afiq. Afiq membuat isyarat mata “Wassup?”. Farid hanya menjongketkan bahu lalu tersenyum nakal.


| Newer Post